BPR Tambahan PEMERKASA Plus: Dijangka dapat pada hujung bulan 6, 23 jun 2021

PEMERKASA PLUS

Pada beberapa hari yang lepas , Perdana menteri ada buat perutusan lagi tuh ha yang korang suka tuh.  Oleh yang demikian kerajaan akan menyalurkan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus).

Memandangkan kita akan menjalani PKP 3.0. Kerajaan Komited untuk membantu golongan yang terkesan melalui program PEMERKASA Plus, terdapat 3 matlamat utama yang disasarkan iaitu:

  1. Mempertingkatkan Kapasiti Kesihatan Awam
  2. Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat
  3. Menyokong Kelangsungan Perniagaan

Di dalam matlamat kedua iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan BPR Tambahan kepada isi rumah dan individu yang layak.

BILA TARIKH PEMBAYARAN BPR PEMERKASA PLUS INI? 

Tarikh Pembayaran Setakat ini, pihak kerajaan memaklumkan bahawa pembayaran BPR Tambahan akan dilaksanakan pada penghujung bulan Jun 2021. Lebih kurang pada 23 jun 202 setakat ini info yang kita ketahui. Jumlah Pembayaran Jumlah pembayaran yang ditetapkan bagi BPR Tambahan adalah seperti berikut:

Jumlah Bayaran Kategori/Pendapatan Bulanan
RM500 Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah
RM300 Pendapatan isi rumah

RM2,501 hingga RM5,000

RM100 Individu bujang atau ibu bapa tunggal yang tiada anak berumur 60 tahun dan ke atas

dengan pendapatan RM5,000 dan

ke bawah

RM100 Individu bujang berumur 59 tahun dan ke

bawah dengan pendapatan

RM2,500 dan ke bawah

pemerkasa plus bpr 3.0

TIADA PERMOHONAN BARU. TIDAK PERLU ISI BORANG.

Permohonan Baharu Untuk makluman, tiada permohonan baharu dibuka bagi BPR Tambahan ini. Ini kerana, penerima atau pemohon yang lulus BPR 2021 secara automatik layak menerima BPR ini yang akan dikreditkan secara terus ke akaun bank penerima. Bagi penerima BPR Fasa 2 yang berstatus gagal kredit pula, pembayaran BPR Tambahan adalah secara tunai di kaunter BSN. Cara Membuat Semakan Untuk membuat semakan status BPR, orang ramai diminta mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://bpr.hasil.gov.my pada pertengahan 20-26 Jun 2021.
  2. Klik bahagian ‘Log Masuk.’
  3. Isikan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
  4. Masukkan kata laluan dan klik butang ‘Log Masuk.’
  5. Klik bahagian semakan status.
  6. Keputusan status akan dipaparkan.

PERMOHONAN RAYUAN BPR

Permohonan Rayuan Bagi pemohon yang telah membuat permohonan dengan status tidak lulus, mereka masih lagi boleh menerima BPR Tambahan dengan syarat membuat rayuan. Permohonan bagi rayuan BPR 2021 yang akan dibuka mulai 15 Jun 2021 sehingga 30 Jun 2021. Jika permohonan rayuan diterima, pemohon akan menerima jumlah BPR 2021 berserta amaun BPR Tambahan.

 

Pertanyaan Lanjut Untuk pertanyaan lanjut mengenai BPR Tambahan, sila hubungi pihak LHDNM di talian 1-800-88-2747 atau melayari laman web https://bpr.hasil.gov.my/ untuk mendapat maklumat lanjut.