Kelebihan statlink- Daftar sekarang!

STARLINK

Kenapa harga dia mahal nak mampus? Harap pihak kerajaan dapat bagi subsidi kepada mereka yang layak untuk memohon ini ke macam mana.

Apa yang anda perlu tahu sebelum mendaftar dengan Starlink (Standard Hardware).

1. Harga perlu dibayar: RM 2,358.84

2. Harga pelan bulanan RM 220.00

3. Kelajuan download: 25-100 Mbps, upload: 5-10 Mbps

4. Anda akan dapat piring Starlink dan indoor WiFi Router.

5. WiFi router Starlink TIDAK ADA LAN port.

6. Kalau nak guna LAN, kena beli Ethernet Adapter dari Starlink Shop.

7. Anda tak boleh guna terus Starlink dengan wifi router macam TP Link atau Asus. Kena ada Ethernet Adaptor tu baru boleh.

8. Unit piring satelit tu MESTI dipasang di luar rumah/banggunan.

9. Piring satelit perlu menghala ke langit, macam Astro.

10. Piring satelit Starlink tu akan adjust diri dia sendiri secara automatik, anda tak payah tahu arah nak halakan piring tu.

11. Piring Starlink TAK BOLEH letak dalam banggunan atau kawasan tertutup. Kena nampak langit. Tak boleh ada halangan.

12. Sambungan Starlink anda hanya boleh digunakan di alamat berdaftar anda. Anda tak boleh letak starlink atas bumbung kereta dan jalan sana sini. (rujuk nota dibawah)

13. Anda boleh pindah lokasi, tapi anda kena apply untuk perubahan lokasi dan anda kena tunggu akaun starlink anda diaktifkan pada lokasi baru.

14. Untuk pelan Standard, ada FUP kalau anda buat perkara yang menggunakan bandwidth yang tinggi, contohnya download P2P. (Saya tak jumpa maklumat kadar FUP yang dikenakan).

15. Anda boleh batalkan pelan Starlink anda pada bila-bila masa. (tiada kontrak).

16. Anda boleh dapat FULL refund sekiranya anda pulangkan semua barang dalam tempoh 30 hari.

17. Anda tak boleh transfer akaun atau jual perkakasan Starlink anda kepada orang lain.

18. Anda tak boleh beli dan guna perkakasan Starlink terpakai. Akaun didaftarkan dengan perkakasan.

Kalau anda nak gunakan Starlink sebagai sambungan Internet bagi mesh WiFi network dan lain-lain, Starlink ada jual Mesh WiFi Node secara berasingan. Tapi cara yang lebih efektif adalah:

1- Beli Starlink Ethernet Adaptor

2- Sambungan WAN port Mesh WiFi Asus, Tplink, Dlink, Ruckus pada Ethernet Adaptor tu.

Sama juga kalau anda nak gunakan Starlink untuk sekolah dan sebagainya, beli Ethernet Adaptor dan sambungkan kepada network switch, lepas tu baru sambungankan pada WiFi system dll.

Nota* Kalau anda nak pasang dekat camper van atau nak pergi camping ke, pergi hutan ke. Starlink ada sediakan pelan Mobile (Mobile Plan). harga dia lain sikit. Tapi boleh berjalan merata. Tak ada masalah.

Daftar sekarang lama rasmi starlink.com disiniĀ