Skip to content
  • MySTR Login, Log Masuk Mystr [bantuantunai.hasil.gov.my]
  • Disclaimer/ Penafian
  • Privacy Policy
  • About us

STR LOGIN 2025

Sumbangan Tunai Rahmah

  • MySTR Login, Log Masuk Mystr [bantuantunai.hasil.gov.my]
  • Disclaimer/ Penafian
  • Privacy Policy
  • About us

Panduan daftar dan kelayakan eKasih 2022

admin

May 30, 2022

eKasih login

Kepada mereka yang ingin mengetahui beberapa info iaitu syarat kelayakan permohonan eKasih 2021/22 berserta cara memohon bantuan ini, baca info selanjutnya di bawah.

Apakah eKasih?

Sebelum itu kena tahu apa itu,eKasih. Untuk makluman, eKasih adalah satu sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program dan bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.

Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses yang berdaftar boleh:

  1. Membuat semakan status kemiskinan secara online
  2. Menyelaraskan maklumat bantuan
  3. Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
  4. Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  5. Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
  6. Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan

Syarat Kelayakan

Bagi memohon bantuan eKasih 2021, seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali. Dia ada statistik dia punya jumlah orang yang terima bantuan ini ikut negeri masing-masing.

Proses Permohonan (flowchart).

proses permohonan eKasih

Panduan Pendaftaran

Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui

  • telefon
  • surat
  • e-mel rasmi
  • membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)

Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.

  1. PPN Perlis : 04-9731976
  2. PPN Kedah : 04-7209236
  3. PPN P.Pinang : 04-2185700
  4. PPN Perak : 05-2497400
  5. PPN Selangor : 03-55213600
  6. PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
  7. PPN N.Sembilan : 06-7659945
  8. PPN Melaka : 06-3333333
  9. PPN Johor : 07-2234777
  10. PPN Pahang : 09-5178208
  11. PPN Terengganu : 09-6272000
  12. PPN Kelantan : 09-7455000
  13. PPN Sarawak : 082-446582
  14. PPN Sabah : 088-484800

Maklumat Yang Diperlukan

Untuk memohon eKasih 2020, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu

  1. Butiran KIR dan AIR
  2. Lokasi
  3. Kediaman
  4. Pendidikan
  5. Kemahiran dan pekerjaan
  6. Harta
  7. Kesihatan
  8. Bantuan
  9. Pendapatan

*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Semakan Status eKasih 2022

Semakan status Pendaftaran eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx

Juga boleh terus menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.

Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.

Posted in: Bantuan Lain-lainTagged: EkASIH lOGIN, Panduan daftar dan kelayakan eKasih 2022, Panduan Pendaftaran eKasih

Post navigation

Previous: Permohonan Bantuan Zakat online Johor (MAIJ)
Next: BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) FASA KE 4 DIPERCEPATKAN 15.11.2022
© STR LOGIN 2025 2025 - Website developed by WP Theme Space | Create Your Professional Website