PANDUAN KEMASKINI STR 2025 [https://bantuanhasil.gov.my]
Perlu ada tidak untuk kita kemaskini STR (Sumbangan Tunai Rahmah). Baru ini dalam portal rasmi (STR), kena kemaskini bagi permohonan STR tahun hadapan , sekiranya anda tidak kemaskini selama tiga tahun berturut-turut.
PANDUAN KEMASKINI STR 2025.
Cara untuk kemaskini STRĀ bagi edisi 2025 rasa tak jauh beza. Cuma interface laman rasmi str sudah berubah , adalah versi sedikit kelainan yang dibuat. Jadinya marilah kita tengok bagaimana untuk kemaskini STR 2025.
Berikut adalah langkah-langkah untuk mengemas kini maklumat bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR):
LOGIN STR TERLEBIH DAHULU.
Layari https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik Permohonan Baharu STR atau Log Masuk (untuk kemaskini)
Cara Mohon / Kemaskini STR 2025 Fasa 1 Sehingga 30 November 2024
1. Log masuk ke Portal Rasmi STR 2025
2. Klik Permohonan Baharu STR atau Log Masuk (untuk kemaskini). Tekan butang log masuk.
3. Isikan Nombor Kad Pengenalan dan klik Semak atau No. IC dan kata laluan (untuk kemaskini).
Tekan butang semak, dan tengok dia punya
4. Klik Kemas Kini Permohonan (untuk kemaskini).
Bila dah log masuk. Tekan butang untuk kemaskini.
5. Lengkapkan atau kemaskini semua Maklumat Pemohon, Pasangan, Anak & Waris. Gaji ada berubah ke, kalau pasangan bercerai, meninggal dunia dan sebagai kena kemaskini.
Ada banyak, gambar ini cuma sebahagian sahaja.
6. Muatnaik Dokumen Sokongan
Dokumen sijil kahwin/nikah, surat beranak anak, dokumen pengesahan pemilikan rumah, dan sebagainya. Hanya jenis fail format yang boleh dimuat naik iaitu, pdf, png, jpg, dan jpeg sahaja yang dibenarkan.
7. Sahkan Captcha dan klik Teruskan untuk pengesahan.
Bila dah isi semua betul, dan apa semua dah muat naik, boleh tekan butang pengesahan. Pastikan capchta betul ya. Kalau salah dia tak boleh nak ke proses seterusnya.
Pengakuan ini, korang kena baca, sebab itu kena pastikan apa maklumat yang anda masukkan adalah betul dan tepat. Sendiri isi sendiri mahu tanggung kalau anda menipu. Tekan tick untuk hantar.
8. Klik Hantar. Permohonan kemaskini telah berjaya dihantar
Tekan butang hantar.
Akan keluar notifikasi mengatakan permohonan kemaskini str 2025 telah berjaya dihantar.
9. Boleh cetak salinan permohonan / kemaskini untuk rekod simpanan.
Ini penting untuk resit kita. Manalah tahu tiba-tiba apa yang kita telah update hilang ke apa ke berlaku. So kita dah simpan kita punya bukti untuk sekian-sekian saya dah kemaskini , apa semua kan. Untuk rujukan kita boleh bawakan di lhdn sekiranya ada rayuan ke apa. Manusia kan selalu buat kesilapan.
SECARA RINGKASNYA ANDA KENA BUAT INI
1. Semakan Kelayakan
- Pastikan anda tergolong dalam kumpulan sasaran yang layak menerima STR seperti:
- B40 (individu bujang, warga emas, atau isi rumah berpendapatan rendah).
- Rujuk kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.
2. Dokumen yang Diperlukan
- Kad Pengenalan (MyKad) pemohon dan pasangan.
- Sijil Perkahwinan atau dokumen berkaitan (jika berstatus berkahwin).
- Dokumen Perceraian/Kematian pasangan (jika berstatus duda/janda).
- Penyata Pendapatan (jika diminta).
- Akaun Bank yang aktif untuk pemindahan wang.
3. Saluran Kemaskini
- Secara Dalam Talian:
- Layari laman web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my.
- Log masuk menggunakan ID pengguna dan kata laluan anda.
- Klik Kemaskini Maklumat dan isi perubahan yang diperlukan.
- Secara Manual:
- Kunjungi Cawangan LHDN terdekat.
- Lengkapkan borang kemaskini STR yang disediakan.
- Serahkan borang beserta dokumen sokongan.
4. Maklumat yang Perlu Dikemaskini
- Perubahan status perkahwinan.
- Penambahan tanggungan (anak atau ibu bapa).
- Maklumat akaun bank.
- Perubahan alamat atau nombor telefon.
5. Tempoh Kemaskini
- Kemaskini biasanya dibuka dalam tempoh tertentu. Sila rujuk pengumuman terkini dari Kementerian Kewangan untuk tarikh rasmi. Dari yang kita tengok, tempoh kemaskini dari 1 november hingga 31 november 2024 untuk fasa pertama.
6. Pengesahan dan Semakan Status
- Pastikan anda mendapat resit pengesahan selepas mengemas kini.
- Semak status permohonan selepas beberapa hari melalui:
- Portal rasmi STR.
- Pusat Khidmat Hasil LHDN.
7. Bantuan Lanjutan
- Hubungi talian Hotline LHDN: 1-800-88-2747.
- Emel ke bantuan@hasil.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.
Semoga panduan ini memudahkan proses kemaskini anda!