Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberi peringatan orang ramai agar membuat rayuan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 segera selewat-lewatnya pada 15 November ini.- LHDN

Ini khususnya bagi yang tak dapat penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 sebelum ini, sebenarnya layak dan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan. Mungkin ada pihak berwajib (pihak LDHN ) yang terlepas pandang.

Menerusi satu kenyataan LHDN berkata, permohonan boleh dibuat secara dalam talian di https://bpn.hasil.gov.my/ atau melalui penghantaran borang manual ke pejabat LHDN berdekatan.

Untuk rekod, seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan sebelum ini, BPN 2.0 merupakan kerangka Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau KITA PRIHATIN bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Bagi permohonan baharu yang lulus, pembayaran akan dibuat pada bulan Januari 2021. Mohon bersabarlah semua ya yang tidak dapat tuh. Tunggu akan diproses lagi sebulan dua nih.

Info maklumat lanjut, borang dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut LHDN menyeru orang ramai melayari BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ untuk muat turun syarat-syarat permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) berkaitan bantuan ini.

3.6 bilion ringgit telah disalurkan.!

Sehingga ketika ini, pada 26 Oktober 2020, sejumlah RM3.6 bilion telah disalurkan kepada lebih 7.32 juta penerima BPN 2.0 bagi mereka yang layak.