Semakan , pendaftaran permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022
Melalui perbentangan bajet 2022 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Sri Zafrul, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (atau BKM) dengan beberapa penambahbaikkan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, dan lebih bersasar kepada golongan yang layak untuk terima bantuan ini.
KELUARGA MALAYSIA, MAKMUR SEJAHTERA.
Bertemakan dengan PM kita iaitu “Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera” bantuan yang diberikan ini akan meliputi beberapa aspek terutamanya dalam isi rumah, warga emas, dan golongan bujang agar semua golongan tidak terkecuali.
Pemberian bantuan ini merupakan lebih banyak dari yang dulu iaitu lebih kurang RM2,000.00++ maksimum boleh dapat ringgit iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sebelum ini, RM 1,80000. BPR sebelum ini diperkenalkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, PM ke 8, yang mana ia penambahbaikkan dari BSH (bantuan sara hidup rakyat). Memandangkan kita dilanda pandemik covid19 yang belum masih pulih sepenuhnya. Rakyat terbeban dengan macam-macam masalah. Penggangguran, harga barang naik, kos sara hidup meningkat.
Definisi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022.
BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Bantuan ini diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2022 di Dewan Rakyat pada 29 Oktober 2021 (Jumaat).
Dalam pembentangan tersebut, Tengku Zafrul memaklumkan;
“Pada tahun hadapan, inisiatif bantuan tunai langsung akan ditambah baik. Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (atau BKM) dengan beberapa pembaharuan supaya kumpulan yang benar-benar terkesan, diberi lebih tumpuan.”
“Pembaharuan ini telah mengambil kira cadangan yang diterima daripada orang ramai melalui penerbitan Kertas Konsultasi Awam berhubung penambahbaikan bantuan rakyat. Oleh itu, untuk tahun 2022, BKM akan menyalurkan bantuan iaitu sebanyak 2,000 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang 2,500 ringgit sebulan.
“Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding 1,800 ringgit iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (atau BPR) sebelum ini.”
Syarat dan Kelayakan (BKM)
Pemohon layak untuk mendapat bantuan BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
a) ISI RUMAH
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang mencukupi syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 sebulan dan ke bawah.
b) WARGA EMAS BUJANG / TIADA PASANGAN
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 sebulan dan ke bawah.
c) BUJANG
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang mencukupi syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 sebulan dan ke bawah.
JADUAL KELAYAKAN MENGIKUT KATEGORI,PENDAPATAN, STATUS PERKAHWINAN, ISI RUMAH, WARGA EMAS BUJANG, TIADA PASANGAN, DAN BUJANG.
Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022)
Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.
Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
*soalan? Bagaimana pula dengan penerima GKP 2021? adakah tidak akan dapat macam BPR tahun lepas?
Penerima GKP tidak lulus BPR akan dipertimbang terima BKM secara automatik.
Penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau Bantuan Khas COVID (BKC) B40 akan dipertimbangkan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kerajaan komited untuk membantu golongan memerlukan terutamanya golongan rentan dengan menyediakan bantuan tunai sebanyak RM8.2 bilion di bawah BKM pada 2022 yang akan memanfaatkan 9.6 juta penerima.
Bagi memastikan tiada yang tercicir, penerima GKP yang tidak diluluskan permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau BKC B40 akan dipertimbangkan untuk BKM secara automatik mengikut syarat kelayakan tanpa perlu membuat permohonan baru atau rayuan ke apa.
Tarikh Pendaftaran Baharu Dibuka dan Kemaskini Maklumat.
Tarikh untuk kemaskini maklumat atau permohonan baharu BKM boleh mula diisi secara online bermula pada 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan). Satu bulan, kalau ada masalah , mungkin dilanjutkan. Akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Jumlah Bayaran Asas Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Yang Akan Diterima?
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah adalah mengikut kelayakan masingmasing berdasarkan kategori bantuan, pendapatan dan bilangan anak seperti dibawah ini:
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 & ke bawah
- Bil anak 0 – RM1,000
- Bil anak 1-2 – RM1,500
- Bil anak 3 ke atas – RM2,000
Isi rumah dengan pendapatan RM2,500 hingga RM5,000
- Bil anak 0 – RM1,000
- Bil anak 1-2 – RM1,500
- Bil anak 3 ke atas – RM2,000
Warga emas bujang / tiada pasangan dengan pendapatan RM5,000 ke bawah akan mendapat RM600.
Bujang dengan pendapatan RM2,500 ke bawah akan mendapat RM350.
Untuk gambaran yang lebih mudah dan senang faham. , lihat infografik di bawah;
Tambahan Kadar Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.
BKM 2022 Semakan Status
Buat masa sekarang semakan status masih lagi belum dibuka.
Namun anda boleh menyemak status terkini bantuan prihatin rakyat ini di laman https://bpr.hasil.gov.my/
Ini kerana apa yang telah diumumkan oleh menteri kewangan, BKM akan menggunakan data penerima BPR 2021 dan data penerima BKC B40.
Laman web semakan status khas BKC akan dibuka melalui https://bkm.hasil.gov.my (belum confirm lagi).
Tarikh Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
Pembayaran BKM akan dilakukan secara berperingkat , fasa1, 2, 3 ,dan 4. Manakala tarikh pembayaran BKM yang pertama dijangka pada Februari 2022. [Akan dikemaskini apabila kerajaan umumkan tarikh yang sebenar] .
Kaedah Pembayaran BKM.
Pembayaran BKM adalah sama seperti pembayaran bagi bantuan sebelum ini seperti Brim, BSH, BPR 2021 / BKC sebelum ini:
i. Ada akaun bank:
- Berjaya Kredit –
Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau
Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
- Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup)
Tuntutan Tunai di Cawangan BSN terdekat; atau
Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
ii. Tiada akaun Bank
- Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
- Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.
Soalan Lazim (FAQ)
Apa Itu Bantuan Keluarga Malaysia BKM?
BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Berapa jumlah bayaran?
Jumlah bayaran adalah berbeza mengikut kategori Isi rumah, Warga Emas dan bujang dengan bayaran antara Rm350 sehingga RM2,000.
Bilakah Tarikh Permohonan Baharu dan Kemaskini?
Tempoh pengemaskinian maklumat / permohonan baharu BKM boleh dibuat mulai 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022 (1 bulan).
Bilakah Tarikh Bayaran Akan Dibuat?
Akan dimaklumkan dari semasa ke semasa?