STR FASA 1 BERMULA 22.1.2025 , PMX

STR FASA 1 2025 PMX

TARIKH SEBENAR STR FASA 1 2025

PUTRAJAYA: Kerajaan komited menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bermula pada 21 Januari 2025 dengan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion berbanding hanya RM2.1 bilion pada tahun yang lepas, 2024. Namun ianya berperingkat seperti biasa, disalurkan secara berperingkat kepada penerima yang layak.

BACA JUGA : STR LOGIN 2025 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan peruntukan bagi STR Fasa 1 yang jauh melangkaui kadar inflasi negara mencerminkan tekad kerajaan memastikan kebajikan sebilangan besar rakyat agar bertambah baik meskipun berlakunya peningkatan kos sara hidup.

“Walaupun peningkatan kos sara hidup adalah fenomena yang melanda seluruh dunia, besarlah harapan Kerajaan Madani agar peningkatan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan STR saban tahun dapat membantu rakyat menggapai kehidupan lebih berdarjat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

STR FASA BERPERINGKAT.

Pembayaran STR bermula esok dibuat susulan penyaluran SARA yang dilaksanakan pada minggu lalu. Menurut Kementerian Kewangan, secara keseluruhan, program STR dan Sara pada tahun 2025 akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa.

Jelasnya, bagi STR dan Sara 2025, kerajaan melonjakkan kadar maksimum untuk isi rumah kepada RM4,600 tahun ini iaitu kenaikan hampir 25 peratus berbanding RM3,700 tahun lalu.

“Kadar minimum untuk golongan bujang juga naik kepada RM600 daripada RM500 tahun lalu, iaitu kenaikan sebanyak 20 peratus,” katanya.

Pembayaran STR Fasa 1 akan disalurkan secara berperingkat mulai Rabu kepada penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank mereka.

Ia juga disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

PERMOHONAN STR BARU DAN KEMASKINI DIBUKA SEPANJANG TAHUN.

Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan di Portal Rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my, bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan. Sekian terima kasih.

Aku ingatkan kepada semua orang, supaya semak baki akaun masing-masing dari rumah sebelum nak cucuk duit , keluarkan duit untuk belanja. Sebab kalau kau penat beratur tiba-tiba takda kan dah buang masa.