Sumbangan Tunai Rahmah, STR (Belanjawan 2024)

bajet 2024

STR 2024 – Kadar Sumbangan Tunai Rahmah Dinaikkan Dalam Belanjawan 2024

Memandangkan Ekonomi negara berdepan dengan keadaan yang sangat teruk, kerajaan komited untuk menambah baik lagi STR untuk mereka layak. Oleh yang demikian, berita baik untuk semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kerajaan bersetuju meningkatkan peruntukan sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit. 2 billion tambahan diperuntukkan kepada rakyat.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada hari jumaat yang lepas, 13 oktober 2023.

Beliau berkata pemberian STR akan memanfaat 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.

str naik 3700

Maksud disini ialah maksiumu boleh dapat paling banyak rm 3700, semua satu isi rumah, ada anak 5++. dan jumlah gajinya tidak lebih dari tangga gaji yang telah ditetapkan.

STR BUJANG

STR BELIA DINAIKKAN RM 350 KEPADA RM500.00

STR 2024 : Kadar Sumbangan Tunai Rahmah – Belanjawan 2024

Kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia (bujang) juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300 sahaja.

Namun, untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500.

Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun mulai Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.

Tambah beliau, sumbangan tersebut akan disalurkan sebelum bulan Ramadan tahun depan.

str 3700 maksimum

Dengan menyusun semula subsidi bersasar, membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Sementara itu, manfaat SARA (Sumbangan Asar Rahmah 2024) pula akan memanfaatkan 700 ribu penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Rebat Bil Elektrik Isi Rumah Miskin Tegar sehingga RM40 sebulan memanfaatkan lebih 142,000 isi rumah miskin tegar juga diteruskan.

Tarikh Permohonan. 

Permohonan baharu STR akan dibuka seawal November 2023, di mana permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini. Bulan depan korang dah boleh kemaskini. Elok kemaskini awal berbanding buat saat akhir(last minit). Nanti server masalah ke apa ke.

Jika anda merupakan penerima STR, sila rujuk jumlah bayaran yang akan diterima dalam Fasa 4 2023, yang akan diagihkan tak lama lagi : STR Fasa 4 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran

Tarikh Bayaran Pertama STR 2024. 

Bayaran pertama bantuan tunai untuk isi rumah biasanya maksimum RM300. Namun bagi STR 2024, bayaran pertama akan dinaikkan kepada RM 500 dan dijangka disalurkan sebelum Ramadan iaitu pada bulan Februari 2024. Memikirkan kos yang banyak diperlukan oleh Ibu Bapa nak menghadapi bulan ramadhan dan syawal. Sebab itu perancangan perlu lebih awal dari pihak kerajaan. Jangan macam tahun lepas dapat 200 je. Mujurlah kerajaan sudah lebih peka dan maklum berkaitan dengan tarikh atau isu semasa yang melanda.