TERLUPA KATA LALUAN, SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (KENA BLOCK)
Ini adalah perkara yang sering terjadi buat penulis juga ketika nak login. Biasalah manusia, kata laluan terlalu banyak. Dah lebih tiga kali tuh lagilah masalah. Sekiranya anda terlupa password ikutilah langkah mudah dibawah untuk panduan cara nak login semula,sekiranya sudah disekat untuk log masuk str login.
CARA TUKAR NO KATA LALUAN (PASSWORD) YANG BARU SECARA ONLINE
Perlgi ke laman rasmi str : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Pilih Log Masuk
- Masukkan no kad pengenalan
- Tekan butang terlupa kata laluan
- No kad pengenalan yang anda daftarkan akan keluar dalam soalan keselamatan , tekan butang semak.
- Masukkan email yang telah anda daftarkan.
- Tekan butang seterusnya.
- Isikan kata laluan yang baru, dan pengesahan kata laluan. Pastikan bukan kata laluan yang sama dulu, mungkin akan ada konflik barangkali.
- Tekan butang, tukar kata laluan.
- Selesai..
- Kita cuba semula untuk login adakah boleh atau tidak, masukkan kata laluan baru anda yang telah simpan di tempat yang selamat, atau di google chrome dan sebagainya.
CARA TUKAR KATA LALUAN BARU DI MYSTR.
- Pilih Log Masuk
- Masukkan no kad pengenalan yang anda daftarkan di str punya data
- Masukkan kata laluan yang anda buat untuk akaun str ini
- Tekan Butang Log Masuk.
- STR muka depan akan terpapar di screen phone atau komputer anda. (ikut apa yang anda guna).
- Cari butang kata laluan
- Masukkan kata laluan yang baru.
- Proses pertukaran kata laluan telah berjaya !
Selamat mencuba.