APAKAH KRITERIA MENU RAHMAH?
Menu rahmah yang diperkenalkan oleh menteri perdagangan dalam negeri , KPDNKK . Iaitu Datuk Seri Salahuddin Ayub mendapat sambutan yang menggalakkan dari peniaga tempatan terutamanya. Harapnya ianya tidak bermusim dan ianya menjadi kebiasaan buat semua peniaga.
Biasalah dalam perniagaan , ramai yang merungut ada juga yang menyokong menu rahmah ini. Cuma yang menjadi kembimbangan bos besar mydin takut ianya tidak dapat bertahan lama sebab keadaan inflasi yang sukar dibendung. Harga barang mentah semakin naik, mungkin boleh bertahan dalam 3 bulan sahaja dari sekarang.
Kriteria menu rahmah.
Harga rm5 ke bawah.
Menu yang lengkap semua lauk, contoh macam nasi ayam, nasi kari ayam, nasi berlauk cukup semua kuah, sayur dan ayam. Beserta dengan air percuma sekali. Itu terpulang kepada kreativiti peniaga masing-masing nak tambah nilai menu rahmah.
Adakah menu rahmah merugikan peniaga?
Jawapannya tidak, sebab ianya menggalakan orang beli makanan di tempat peniaga dengan volume (jumlah) yang banyak , mestilah ada untung. Kena fikir positif tuh.
Tetapi pada masa yangsama kita mohon juga pihak berwajib kalau dapat memberi bantuan dari segi promosi gerai-gerai yang menyediakan menu rahmah ini disenaikan dalam laman tertentu pada masa yang sama dapat naikkan jualan gerai ini.
Pendapat anda bagaimana ?