CONFIRM, Sumbangan Tunai Rahmah (STR)fasa kedua, masuk pada 5 april 2023
STR FASA KEDUA BERMULA 5 APRIL INI 2023.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan diagihkan kepada mereka yang layak bermula (berperingkat) mulai 5 April 2023. Sejumlah RM1.26 bilion diperuntukkan untuk Fasa 2 STR.” Pengumuman YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 Dewan Negara pada 29 Mac 2023.
2. Beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan bahawa pihaknya telah memberitahu kementerian dan agensi berkaitan supaya meringankan beban penerima golongan B40 dengan bantuan STR fasa kedua yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April.
Berapa jumlah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah fasa kedua ini?
Kalau ikut jadual Rm 200.00 , bagi ketegori berkeluarga satu isi rumah. Bagi bujang rm100.00.
Baca juga : Login STR secara online
9 JUTA PENERIMA DIKENAL PASTI MENERIMA MANFAAT.
Beliau berkata seramai sembilan juta individu disasar menerima manfaat bantuan berkenaan dengan peruntukan RM8 bilion.
“Fasa satu STR dilaksanakan pada 17 Januari membabitkan 8.7 juta penerima melibatkan pembayaran berjumlah RM1.67 bilion.
“Fasa kedua pula akan dilaksanakan pada 5 April, manakala fasa ketiga akan dilakukan pada Ogos atau selewat-lewatnya Oktober,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Idris Ahmad berkenaan sasaran kerajaan bagi setiap tiga bulan dalam proses menoktahkan kemiskinan tegar tahun ini. Anwar turut memaklumkan sebanyak 574,886 permohonan baharu diterima setakat hari ini. Ketika membentang Belanjawan 2023, Anwar memaklumkan program STR dikemaskini dengan setiap isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 layak menerima sumbangan tunai.
Kerajaan juga memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih yang disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan asas.