Jadual Tarikh dan Jumlah Bayaran Fasa 1, Ikut Kategori -STR 2024

str 3700 maksimum

Kadar STR 2024 Dinaikkan Lebih Tinggi

STR atau dikenali sebagai Bantuan (Sumbangan Tunai Rahmah) merupakan sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup. STR ini masuk dalam belanjawan bagi edisi 2024. Setakat ini yang kita ketahuilah ya.

Melalui ucapan Perdana Menteri pada belanjawan yang lepas, beliau mengumumkan bahawa peruntukan STR meningkat sebanyak 2 bilion ringgit atau 25 peratus iaitu daripada 8 bilion ringgit kepada 10 bilion ringgit.

 

Kadar Bantuan

Menurut Belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024:

  • Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
    • RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
    • RM2,000 : 3 – 4 Anak
    • RM1,500 : 1 – 2 Anak
    • RM1,000 : Tiada Anak
  • Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
    • RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
    • RM1,000 : 3 – 4 Anak
    • RM750 : 1 – 2 Anak
    • RM500 : Tiada Anak
  • Warga Emas Bujang
    • RM600
  • Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)
    • RM350

Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1

Kita fokus pada pembayaran bagi fasa pertama bagi penerima yang layak dalam Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 tahun hadapan.

Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 : Februari 2024 (*dijangka disalurkan sebelum Ramadan)
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

JUMLAH BAYARAN STR FASA PERTAMA.

Bagi yang berkeluarga , isi rumah tak kura ada anak atau tidak, untuk FASA 1 Yang lulus semua akan dapat rm500.00

STR FASA1

bagi yang Bujang, Fasa 1, dapat RM 100.00 sahaja.  Manakala bagi warga emas, bujang / tiada pasangan akan dapat Rm 150.00

STR FASA1

Permohonan & Semakan Status STR 2024

STR 2024 juga akan mengambil pendekatan berbeza yang mana pihak kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023.

Selain itu, permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.