Sumbangan Tunai Rahmah FASA 1 masuk 29.1.2024, semak akaun masing-masing

str naik 3700

Berita baik buat penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang layak, bagi fasa1. Kerajaan telah umumkan bahawa tarikh terima STR ini akan disalurkan kepada penerima melalui akaun masing-masing seperti yang telah anda isi di laman rasmi str bermula 29 januari 2024.

str jadual fasa1 2024

Jumlah yang bakal dterima untuk fasa 1 ialah maksimum rm 500 bagi berkeluarga bagi bujang pula ialah Rm 100 ringgit. Sila rujuk jadual dibawah ini.

 

str jadual fasa1 2024

 

Mulai Isnin, 29 Januari 2024, pembayaran STR Fasa 1 untuk penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan dikreditkan ke dalam akaun bank mereka atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat2 mengikut kategori kelayakan STR masing-masing3

“Selaras dengan pendekatan Ekonomi MADANI untuk ‘meninggikan lantai’ dari segi kualiti hidup rakyat, Kerajaan akan mengutamakan dan memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya. Kerajaan MADANI sentiasa peka kepada keluhan rakyat dan akan terus menambahbaik STR dalam usaha membantu rakyat dalam mendepani cabaran kos sara hidup,” kata YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Setakat ini, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk STR 2024. Walau bagaimanapun angka ini dijangka naik ke hampir 9 juta bagi tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, berbanding setahun sekali sebelum ini.

Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Semakan status kelayakan STR dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my atau https://manfaat.mof.gov.my/.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR.

Kementerian Kewangan
Putrajaya
26 Januari 2024
__________________