TARIKH STR FASA 2 , BUJANG DAN BERKELUARGA 2024 (JUMLAH BANTUAN STR FASA2)

Tarikh Bayaran STR Fasa 2 20204? 

tarikh jadual pembayaran str mengikut fasa 1hingga4

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 1 sudah pun selesai pada bulan januari 2024, kecuali mereka yang ada sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan , dan juga permohonan mereka tidak diluluskan dan ada juga yang membuat permohonan rayuan. Itu kena sabarlah sedikit.

TARIKH SEBENAR STR FASA 2 2024.

Tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah mulai April 2024 (Tarikh rasmi akan dikemaskini setelah diumumkan secara rasmi oleh pihak Kementerian Kewangan Malaysia, atau Perdana Menteri kita, DS Anwar Ibrahim).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat penegasan, bahawa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diagihkan kepada penerima sebelum sambutan Aidilfitri tahun ini, iaitu pada awal bulan April – dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri. Hal berkenaan berikutkan perbelanjaan rakyat persiapan sebelum menyambut hari raya dapat diselesaikan secepat mungkin.

Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

Terkini, LHDN turut memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 2 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari 2024

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

JADUAL PEMBAYARAN STR 2024 MENGIKUT FASA

Jumlah Bayaran STR Fasa 2

Kadar bayaran STR Fasa 2 adalah seperti yang telah ditetapkan bagi tahun 2024 seperti yang berikut:

kadar str 2024

PEMBAYARAN FASA 2 2024.

jumlah str fasa 2 2024

str-fasa-2-b

str-fasa-2-c

str-fasa-2-d

**Akan kami kemaskini apabila sudah confirm jumlahnya mengikut kategori masing-masing.

 

 

Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:

jumlah bayaran str sara 2024

Kaedah pembayaran STR. 

  1. Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
    • Kredit ke Akaun Bank
  2. Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
    • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
      • Tiada maklumat akaun bank
      • Status pengkreditan gagal kredit

Cara untuk membuat Semakan STR Fasa 2

Semakan status boleh dibuat melalui (link) pautan berikut:

https://bantuantunai.hasil.gov.my

Sila rujuk panduan mengikut turutan di bawah ini , untuk memudahkan anda:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 2 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 2
  6. Masukkan kata laluan

Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan yang lebih lanjut,anda boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program STR. Aku pun ingat juga tegaskan Laman blog ini bukan laman rasmi STR , sila rujuk Disclaimer.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :