Skip to content
  • MySTR Login, Log Masuk Mystr [bantuantunai.hasil.gov.my]
  • Disclaimer/ Penafian
  • Privacy Policy
  • About us

STR LOGIN 2025

Sumbangan Tunai Rahmah

  • MySTR Login, Log Masuk Mystr [bantuantunai.hasil.gov.my]
  • Disclaimer/ Penafian
  • Privacy Policy
  • About us

Semakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Rm 100 sebulan 2024

admin

March 26, 2024

SARA 2024 MY KASIH RESIT
Ramai kecewa tak dapat Mykasih!! . 
Apakah itu My Kasih (SARA) Sumbangan asas Rahmah?
Ia adalah bantuan Subsidi bersasar dalam data STR (Sumbangan Tunai Rahmah).  Kerajaan telah menambah baik  SARA sebagai bantuan subsidi bersasar kepada rakyat yang sangat terkesan sekarang ini ditambah dengan kos sara hidup. Program ini yang bakal dilaksana secara berperingkat bermula 22 Januari 2024, menyasarkan untuk mengangkat taraf ekonomi golongan rentan dan menjunjung prinsip kesaksamaan yang menjadi teras kepada kerangka Ekonomi MADANI.
Mengangkat Darjat Rakyat. 

“Transformasi ekonomi Malaysia bermula dengan mengangkat darjat rakyat. Penambahbaikan program SARA ini merupakan satu langkah awal untuk menangani kesenjangan kekayaan serta membina sebuah masyarakat yang inklusif seperti didambakan dalam kerangka Ekonomi MADANI,” kata Perdana Menteri dan Menteri Kewangan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Apa penambahbaikkan SARA untuk tahun 2024?

  1. Memperluas bagi penerima yang layak untuk SARA termasuk golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  2. Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
  3. Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

Secara ringkasnya, naikkan skop penerima SARA, naikkan kadar bantuan dari 600 kepada 1200, diperluas makanan asas dari 1 kepada tiga kategori. Kebersihan diri, ubatan dan peralatan sekolah.

Jumlah penerima SARA lebih kurang 700 ribu. 

Dengan penambahbaikan tersebut, program SARA tahun 2024 dijangka memanfaatkan lebih 700,000 penerima dengan peruntukan RM700 juta berbanding tahun 2023, iaitu hanya 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini melibatkan peningkatan peruntukan lebih lima kali ganda berbanding tahun lepas. Di bawah program ini, penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas terpilih dengan menggunakan myKAD di kedai-kedai runcit berdaftar.

Kelayakan untuk menerima bantuan SARA adalah berasaskan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e-Kasih iaitu data rujukan untuk kementerian dan agensi Kerajaan.

Pelaksanaan SARA akan bermula pada 22 Januari 2024 (Isnin) bagi penerima dari Semenanjung Malaysia, manakala penyaluran bantuan tunai untuk penerima dari negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan bermula 19 Februari 2024 (Isnin).

Bagi penerima program SARA di Semenanjung Malaysia, bantuan SARA akan disalurkan secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 sebulan untuk golongan bujang.

Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Mengambil kira sambutan program SARA yang menggalakkan pada tahun lalu, Kerajaan juga telah meluaskan rangkaian rakan runcit (pasar raya/kedai) yang mengambil bahagian kepada 515 buah (setakat 17 Januari 2024) berbanding 424 buah (tahun 2023) di seluruh negara.

Hati-hati Scammer.

Kementerian Kewangan ingin menasihati penerima SARA agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi merujuk informasi mengenai program SARA. Kadang dekat group whatsapp, telegram dengan dekat group facebook, macam-macam cara scammer nak perdaya orang. Kena hati-hati ok.

Soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA hanya boleh didapati di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my mulai 4:00 petang, 19 Januari 2024 dan maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my mulai 22 Januari 2024.

Syarat Kelayakan Semakan SARA 2024

Syarat kelayakan semakan SARA 2024:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori isi rumah, bujang dan warga emas tiada pasangan
  3. Tersenarai sebagai penerima miskin tegar/ miskin ekasih dalam rekod data ekasih di bawah unit penyelarasan pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri sehingga 31 Oktober 2023.

Cara Pelaksanaan SARA 2024

Ada dua cara pelaksanaan semakan SARA 2024 iaitu:

Penerima Daripada Semenanjung Malaysia (Selain Sabah, Sarawak dan W.P Labuan)

  • Menerima bantuan asas keperluan bermula 22 Januari sehingga Disember 2024 secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima
  • Boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di Pasar Raya atau kedai Runcit seluruh negara menggunakan Mykad.

Penerima Daripada Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan

  • Bayaran RM600 dan RM300 daua kali setahun iaitu pada 19 Februari dan 12 Ogos 2024 mengikut kategori melalui pengkreditan terus ke akaun bank sama seperti kaedah pembayaran STR 2024.

CARA NAK SEMAK KELAYAKAN SARA 2024/25.

Sangat mudah, tidak perlu daftar, benda ini automatik. Dekat laman str pun ada juga kalau tak silap.

  1. Pergi ke laman ini.

semakan status my kasih 2024, sara 2024, sumbangan asas rahmah

2. Masukkan no kad pengenalan anda, pastikan betul, tanpa dash. Tekan butang semakan status. Akan keluar dua keputusan.

3. Yang lulus seperti ini.

SARA LAYAK, SARA LULUS,

4. Tak lulus Macam dibawah ini.

SARA TAK LAYAK, SARA TAK LULUS,

Maknanya takda data dalam sistem.

Dekat mana nak dapatkan kedai atau merchant yang ambil SARA ini?

Korang boleh dapatkan list-list kedai yang ada SARA. Tekan disini 

Jadual Bayaran SARA Setiap Bulan 2024

Elaun bulanan sebanyak RM100 dan RM50 akan dikreditkan setiap bulan selama setahun ke dalam Mykad penerima yang layak. Mereka boleh untuk membeli barangan keperluan asas terpilih.

Jadual Bayaran SARA 2024:

Bulan Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan Bujang
Januari 2024 RM100 RM50
Februari 2024 RM100 RM50
Mac 2024 RM100 RM50
April 2024 RM100 RM50
Mei 2024 RM100 RM50
Jun 2024 RM100 RM50
Julai 2024 RM100 RM50
Ogos 2024 RM100 RM50
September 2024 RM100 RM50
Oktober 2024 RM100 RM50
November 2024 RM100 RM50
Disember 2024 RM100 RM50
Jumlah RM1200 RM600

Sumbangan Asas Rahmah Mykasih 2024

Sumbangan Asas Rahmah ialah bantuan keperluan barangan dapur asas yang diberikan bermula Januari sehingga Disember 2024. Semakan SARA 2024 boleh dilakukan daripada semasa ke semasa.

Jumlah keseluruhan bayaran mengikut kategori sebanyak RM1,200 (Berkeluarga) atau RM600 (Bujang).

Setiap bulan penerima yang layak akan terima RM100 dan RM50 dalam tempoh 12 bulan 2024. Jangan lupa sentiasa membuat semakan SARA 2024.

Korang ada tak yang layak tapi tak dapat? Ada cara buat rayuan? Kongsi la dengan masyarakat..bak kata bell. Semak kelayakan SARA 2024 disini
Posted in: SARATagged: Cara nak mohon sara?, kedai atau merchant yang ambil SARA ini, KELAYAKAN SARA 2024, sara 100, sara login, semakan bantuan sara my kasih 2024, Semakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Rm 100 sebulan 2024, semakan SARA 2024, senarai list merchant mykasih foundation

Post navigation

Previous: TARIKH STR FASA 2 , BUJANG DAN BERKELUARGA 2024 (JUMLAH BANTUAN STR FASA2)
Next: TARIKH STR FASA 2 3.4.2024
© STR LOGIN 2025 All rights reserved - 2025