TARIKH STR FASA 2 3.4.2024
Tarikh yang ditunggu-tunggu buat rakyat Malaysia yang layak untuk dapat bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 2 2024. Cuma yang jadi persoalannya berapa jumlah yang akan dapat untuk fasa kedua ini. Ikut ikut kategori masing-masing.
Seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran STR Fasa 2 antara RM100 hingga RM650 mengikut kelayakan masing-masing. Pembayaran STR Fasa 2 akan bermula pada Rabu minggu ini, 3 April 2024. Ianya berperingkat macam biasa.
SIARAN MEDIA KEMENTERIAN KEWANGAN.
KERAJAAN TINGKATKAN PERUNTUKAN STR FASA 2 SEBANYAK 20%; 8.4 JUTA RAKYAT AKAN MENERIMA BANTUAN SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI
Seperti yang diumumkan hari ini oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana-rendah menangani peningkatan kos sara hidup, Kerajaan telah menambah peruntukan program subsidi bersasar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 sebanyak 20% kepada RM1.5 bilion berbanding RM1.26 bilion pada tahun lepas.
Baca Juga : Cara nak login STR (SEMAK BERAPA KELAYAKAN YANG ANDA LAYAK).
Mulai 3 April 2024 (Rabu), seramai 8.4 juta rakyat bakal menerima bayaran STR Fasa 2 yang melibatkan bayaran antara RM100 hingga RM650.
“Reformasi ekonomi yang diterajui Kerajaan MADANI bukan semata-mata untuk memperbetul struktur kewangan negara, tetapi ia berbekalkan niat ikhlas untuk memastikan kekayaan negara dapat dikongsi dengan rakyat secara lebih saksama,” kata YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
“Insya-Allah, Kerajaan akan tingkatkan lagi bantuan tunai kepada rakyat sejajar dengan penambahbaikan fiskal negara termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” tambah beliau.
Penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 2 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.
Mulai 2024, Kerajaan telah mengambil pendekatan baharu untuk membuka pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada bantuan Kerajaan. Oleh itu, bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat pada tahun ini mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini. Sekiranya nama pemohon tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.
Semakan status kelayakan STR dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR, melalui pautan https://bantuantunai.hasil.clov.mv. Kementerian Kewangan ingin menasihati penerima STR agar sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR.
JUMLAH AGIHAN STR FASA KEDUA MENGIKUT KATEGORI DARI KEMENTERIAN KEWANGAN.
Kementerian Kewangan Putrajaya 1 April 2024.
Sila rujuk Jadual di Lampiran 2 . Sila rujuk Jadual di Lampiran 3 . Sila rujuk Jadual di Lampiran
Secara ringkasnya.
Isi rumah – Tiada Had Umur
✅ Pendapatan RM0 – RM2500 :
RM 200 (Tiada anak)
RM 200 (1-2 anak)
RM 200 (3-4 anak)
RM 200 (5 anak dan ke atas)