BANTUAN KHAS HARI RAYA RM500 , PENJAWAT AWAM GRED 56 KE BAWAH 2024

bantuan khas kewangan hari raya aidilfitri

Selepas memberi bantuan khas RM2,000 kepada penjawat awam pada bulan Februari, hari ini 1 april  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Kerajaan bersetuju menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM250 kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

Sebelum ini cuepacs memang ada suarakan semoga ada bonus atau bantuan tambahan kepada penjawat awam kepada kerajaan agar dipertimbangkan biarpun mereka sudah dapat bantuan tambahan RM 2000.00 pada februari yang lepas.

Bayaran ini akan bermula pada hari jumaat ini, 5 april 2024.

1) RM500 untuk semua Penjawat Awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

2) RM250 untuk pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.

Tahun 2023:
Bonus awal tahun = RM700
Bonus raya = RM700
Total RM1400

Tahun 2024:
Bonus awal tahun = Tiada
Bayaran Insentif Awal Kajian Gaji = RM2000
Bonus raya = RM500
Total RM2500

Tahun 2024 penjawat awam dah dapat extra RM1100, baru April. Nikmat apa yang kamu dustakan.

InsyaAllah bantuan ini akan disalurkan seawal 5 April ini. Moga ia bermanfaat.,