STR FASA 2 2024 SUDAH MASUK, SEMAK STATUS [https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login]
Rata-rata di laman media sosial facebook, twitter dan yang lain ada yang sudah dapat Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa kedua. Ikut apa yang dijadualkan sepatutnya hari ini sudah dapat (berperingkat). Yang dapat kebiasaanya akaun pengguna yang daftar menggunakan akaun BSN.
Semalam, kerajaan sudah mengumumkan bahawa mereka yang layak dapat STR, untuk FASA akan disalurkan mengikut bank masing-masing bermula 3 april hingga 9 April 2024. Yang dah dapat tuh, syukurlah Alhamdulillah, dah boleh mula berbelanja dengan hemah untuk persiapan hari raya tinggal berapa hari sahaja lagi. Yang belum, sabar sikitlah ya. Anda boleh tengok semakan status STR fasa kedua, tengok untuk kepastian, lulus atau sebaliknya.
Berapa jumlah dapat STR FASA 2 ??
Ikut kategori masing-masing, mereka yang layak akan menerima pembayaran antara RM100 hingga RM650 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui BSN secara berperingkat mengikut kelayakan.
SEMAKAN STATUS STR 2024
Korang kena login di laman rasmi, macam biasa disini https://bantuantunai.hasil.gov.my/Account/Login
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
MAKLUMAT TERPERINCI
Semua maklumat yang dikongsikan dari atas tadi kita dapat sepenuhnya daripada portal rasmi MySTR LHDNM. Jika anda mempunyai sebarang soalan atau isu mengenai bantuan di atas, sila rujuk pihak berkuasa melalui:
Talian KECEMASAN, STR HASIL: 1-800-88-2747
Talian hotline STR Kementerian Kewangan: 03-8882 4565 / 03-8882 4566
E-mel: str@mof.gov.my