CARA PENGELUARAN AKAUN FLEKSIBEL KWSP

akaun fleksibel kwsp

 

Ada lebih 16.32 juta ahli kwsp dinegara kita, yang akhir lebih kurang 8.1 juta lebih kurang.

 

Tarikh Pelaksanaan

Akaun fleksibel CONFIRM akan dilaksanakan pada bulan hadapan, bulan Mei , 11 Mei 2024 hari khamis .

Ia bagi membolehkan akaun III diguna pakai oleh semua ahli tanpa mengira sama ada mereka daripada golongan B40, M40 atau T20 pada bila-bila masa, khususnya ketika kecemasan. Kita sudah melalui beberapa tahun yang mencabar dalam pasca Covid 19 ini. Kesannya masih tetap ada sehingga ke hari ini. Kita pun tak tahu apa akan jadi dalam tahun-tahun yang mendatang?

Pengenalan ”Akaun Fleksibel” KWSP

Akaun ahli KWSP ini akan distrukturkan semula untuk memperkasa simpanan persaraan. Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh dikeluarkan (ada syaratnya) ahli pada bila-bila masa.

DUA Akaun kepada tiga akaun.

Kalau sebelum ini dan sekarang ini, kita masih ada memegang 2 akaun buat pencarum kwsp ini. Iaitu akaun persaraan dan akaun kedua (pendidikan, perumahan dan bla-bla).Sekarang kita ada :

  1. AKAUN PERSARAAN
  2. AKAUN SEJAHTERA
  3. AKAUN FLEKSIBEL (akaun baru).

Mekanisme Pelaksanaan. 

Perlaksaan akaun fleksibel KWSP ini disambut baik banyak pihak namun mekanisme perlaksanaannya telah menimbulkan pendebatan ramai pihak.Itu biasalah mesti ada kebaikan dan keburukannya. Itu kita tak boleh nak nafikan. Ada orang kata macam nih, ada orang macam tuh. Kita raikan pendapat, namun apa jua keputusan dibuat pasti sudah ditimbang tara, dari segi buruk dan baikknya.

JADI PENYELAMAT KEADAAN YANG TIDAK TERDUGA. 

Tindakan pengeluaran akaun khas yang fleksibel ini juga boleh menjadi penyelamat kepada Akaun 1 dan 2 pencarum daripada diusik sebelum mencapai tempoh matang sebagai persediaan menghadapi hari persaraan nanti.

Memandangkan Akaun Fleksibel KWSP ini lebih mudah diakses tanpa mengira status seseorang individu, mekanisme yang diperkenalkan kelak akan menentukan sama ada pengenalan akaun ini akan penyelamat atau pembaziran kerana terdapat individu yang akan menggunakan wang tersebut untuk tujuan bukan kecemasan.

Perkara ini perlu dipandang serius memandangkan seperti mana pengeluaran bersasar sebelum ini, terdapat segelintir masyarakat yang berdegil menggunakan wang dari dana tersebut untuk tujuan bukan kecemasan.

CARA PENGELUARAN ?

Penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan seperti berikut:

Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera.

Baki simpanan dalam Akaun Sejahtera diagihkan mengikut nisbah berikut:-

i. Sepuluh per tiga puluh (10/30) ke Akaun Fleksibel;

ii. Lima belas per tiga puluh (15/30) kekal dalam Akaun Sejahtera; dan

iii. Lima per tiga puluh (5/30) ke Akaun Persaraan.

 

akaun kwsp fleksibel

Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan kurang daripada RM3,000 dalam Akaun Sejahtera.

i. Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel.

ii. Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.

Tiada pindahan akan dibuat ke Akaun Persaraan bagi simpanan dalam Akaun Sejahtera kurang dari RM3,000.

AKAUN KWSP KURANG 3 RIBU

 

11. Apakah yang akan terjadi sekiranya ahli tidak membuat pilihan pindahan amaun permulaan?

Sekiranya ahli tidak memilih untuk membuat pindahan amaun permulaan, baki dalam Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel sedia ada akan kekal macam biasa.

Manakala, caruman baharu akan dikreditkan ke Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. Pengeluaran daripada akaun tersebut adalah tertakluk kepada terma dan syarat pengeluaran semasa.

PENGELUARAN AKAUN FLEKSIBEL

  • Adakah ahli boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel?

Boleh, ahli dibenarkan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

  • Apakah syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel?

Syarat-syarat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel adalah seperti berikut:

a. Semua ahli KWSP warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia

b. Belum mencapai umur 55 tahun

c. Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel; dan

d. Had amaun pengeluaran minimum yang ditetapkan adalah RM50

  • Bagaimana kaedah permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel?

Ahli boleh memohon Pengeluaran Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:

i. Secara online melalui KWSP i-Akaun; atau

ii. Kunjungi mana-mana kaunter KWSP yang terdekat.

  • Adakah ahli perlu membuat mengemukakan dokumen sokongan semasa membuat permohonan?

Ahli tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan. Walau bagaimanapun, ahli perlu menggunakan akaun bank yang aktif bagi memastikan proses bayaran masuk ke akaun sendiri itu lebih mudah.

  • Adakah ahli perlu hadir ke kaunter bagi tujuan menurunkan/ pengecaman cap ibu jari untuk permohonan secara dalam talian?

Tidak, pencarum tidak perlu hadir di kaunter bagi tujuan di atas kerana semakan dan pengesahan akan dibuat melalui sejarah rekod ahli dan menerima pakai lain-lain kawalan.

Sekiranya ahli tiada sejarah rekod pengeluaran sebelum ini, ahli perlu menjalani pengesahan identiti melalui cap ibu jari di Self-Service Terminal (SST) KWSP. Sekiranya jumlah pengeluaran adalah kurang daripada RM10,000, ahli boleh melalui proses pengesahan identiti secara dalam talian.

  • Apakah kaedah bayaran bagi Pengeluaran Akaun Fleksibel?

Bayaran bagi Pengeluaran Fleksibel akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran pengeluaran Fleksibel berjalan lancar:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan: Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel.

  • Bilakah bayaran Pengeluaran Fleksibel dikreditkan ke dalam akaun bank ahli?

Bayaran akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

  • Adakah ahli boleh membatalkan permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel?

Permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel tidak boleh dibatalkan apabila permohonan telah diluluskan. Ahli disarankan untuk membuat keputusan yang tepat sebelum mengemukakan permohonan.

Maklumat lanjut mengenai penstrukturan semula akaun KWSP dan Akaun Fleksibel, boleh layari laman web KWSP.