TARIKH, JADUAL STR FASA KE 3 2024
Pembayaran STR fasa 1 dan 2 sudah selesai. Cuma untuk bahagian rayuan beli selesai lagi. Tarikh sebenar belum dapat dipastikan, namun yang pasti bulan 8 adalah fasa ketiga untuk fasa yang ke 3 dalam BULAN ogos lebih kurang 3 bulan lagi dari sekarang.
MySTR Fasa 3 : Semakan Status, Tarikh & Jumlah Bayaran
MySTR Fasa 3 : Semakan bayaran bantuan tunai bagi STR Fasa 3 yang dijadualkan pada bulan Ogos tahun ini boleh dilakukan melalui portal Rasmi MySTR.
Ini adalah sebahagian daripada inisiatif bantuan kewangan yang disediakan di bawah Belanjawan 2024.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024
Kerajaan dengan pimpinan Perdana Menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Pusing-pusing nama dia, yan penting ialah bantuan itu ada untuk rakyat.
Ada pertambahan sedikit demi sedikit dan penambahbaikkan dari segi bantuan.
Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.
STR Fasa 2 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.
Tarikh Bayaran MySTR Fasa 3
Tarikh bayaran STR Fasa Tiga bermula pada bulan Ogos 2024. Tarikh yang sebenar akan dikemaskini setelah Minister of Finance (MOF), kemaskini tarikh yang sebenar kelak. Biasa dalam awal lagi 2,3 minggu nak dapat STR.
Berikut adalah merupakan tarikh bayaran STR bagi fasa 1, 2, 3 dan 4 bagi tahun 2024 :
- Fasa 1 : 29 Januari 2024 (SELESAI)
- Fasa 2 : 3 April 2024 (SELESAI)
- Fasa 3 : Ogos 2024
- Fasa 4 : November 2024
Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2024 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas (SARA).
STR Fasa 3 : Jumlah Bayaran
Jumlah bayaran STR Fasa 3 belum diumumkan lagi setakat ini dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Namun anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai rujukan;
Kadar tambahan STR diperkasa melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan pembelian tanpa tunai kepada semua penerima STR 2024 seperti berikut:
Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:
- Kredit terus masuk ke Akaun Bank
- Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.
- Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Pembayaran akan dilakukan secara tunai jika :
-
- Tiada maklumat akaun bank
- Status pengkreditan gagal kredit
MySTR Fasa 3: Cara Semakan
Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan nombor Mykad pemohon
- Pengesahan kata kunci keselamatan
- Maklumat yang akan dipaparkan :
- Nama pemohon
- No Mykad pemohon
- Status permohonan
- Maklumat pembayaran Fasa 3
- Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 3
- Masukkan kata laluan
Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web STR.
Dekat laman str, fasa no3 itu akan tulis berapa jumlah yang layak ikut kategori masing-masing.
Maklumat Lanjut
Untuk lebih jelas dan tepat terus ke laman rasmi STR.
- Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM