Panduan daftar dan kelayakan eKasih 2022
Kepada mereka yang ingin mengetahui beberapa info iaitu syarat kelayakan permohonan eKasih 2021/22 berserta cara memohon bantuan ini, baca info selanjutnya di bawah.
Apakah eKasih?
Sebelum itu kena tahu apa itu,eKasih. Untuk makluman, eKasih adalah satu sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program dan bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses yang berdaftar boleh:
- Membuat semakan status kemiskinan secara online
- Menyelaraskan maklumat bantuan
- Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
Syarat Kelayakan
Bagi memohon bantuan eKasih 2021, seseorang dikira layak apabila tergolong dalam yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa, iaitu kira-kira RM1,500 (bandar) atau RM1,000 (luar bandar) sebulan.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) setiap dua tahun sekali. Dia ada statistik dia punya jumlah orang yang terima bantuan ini ikut negeri masing-masing.
Proses Permohonan (flowchart).
Panduan Pendaftaran
Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui
- telefon
- surat
- e-mel rasmi
- membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7455000
- PPN Sarawak : 082-446582
- PPN Sabah : 088-484800
Maklumat Yang Diperlukan
Untuk memohon eKasih 2020, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu
- Butiran KIR dan AIR
- Lokasi
- Kediaman
- Pendidikan
- Kemahiran dan pekerjaan
- Harta
- Kesihatan
- Bantuan
- Pendapatan
*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
Semakan Status eKasih 2022
Semakan status Pendaftaran eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx
Juga boleh terus menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri.
Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.