SEMAKAN STR FASA 1 2025

STR LOGIN PART1

 

Semakan sumbangan tunai rahmah bagi fasa 1 dijangka akan dapat pada bulan 1 2025. Cuma tarikh sebenar kita belum dapat lagi dari pihak berwajib iaitu kerajaan perpaduan yang di tadbir oleh gabungan banyak parti.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2025 merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah. Berikut adalah maklumat terkini mengenai STR Fasa 1 2025:

ISI KANDUNGAN

TARIKH PERMOHONAN DAN KEMASKINI

  • Permohonan dan kemaskini maklumat bagi STR 2025 telah dibuka sehingga 30 November 2024. Bagi mereka yang tidak mengemas kini maklumat selama tiga tahun berturut-turut, kemaskini diperlukan untuk memastikan kelayakan menerima bantuan.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2025

Berikut adalah syarat dan kategori penerima bantuan STR 2025  mempunyai ciri-ciri seperti dibawah ini.

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 1 2025

  • Pembayaran STR Fasa 1 2025 dijangka akan disalurkan kepada penerima yang layak (LULUS) menerima pada awal Januari 2025. Tarikh tepat akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat.

CARA SEMAKAN STATUTS KELAYAKAN

  1. Layari portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa – dash (sengkang).
  3. Klik butang “Log Masuk”.
  4. Ikuti arahan seterusnya untuk melihat status kelayakan anda.

Nota Penting:

  • Pastikan maklumat peribadi dan butiran bank anda dikemas kini untuk memastikan kelancaran proses pembayaran.
  • Sebarang perubahan atau pengumuman lanjut mengenai STR 2025 akan dimaklumkan melalui portal rasmi STR.

Untuk maklumat terkini dan pertanyaan lanjut, sila rujuk portal rasmi STR atau hubungi pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berdekatan.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR 2025

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan ke akaun bank penerima: Seperti mana sedia maklum bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau akaun pasangan.
  • Mengunjungi cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN): Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan gagal kredit bayaran boleh diambil di cawangan BSN yang terdekat secara tunai.

SEMAKAN JUMLAH PEMBAYARAN STR 2025

Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

Jumlah Bantuan:

  • Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 ke Bawah:
    • Tiada Anak: RM1,000
    • 1-2 Anak: RM1,500
    • 3-4 Anak: RM2,000
    • 5 Anak dan Lebih: RM2,500
  • Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 – RM5,000:
    • Tiada Anak: RM500
    • 1-2 Anak: RM1,000
    • 3-4 Anak: RM1,500
    • 5 Anak dan Lebih: RM2,000
  • Warga Emas Bujang/Tiada Pasangan (60 Tahun dan Ke Atas): RM600
  • Bujang (21-59 Tahun) Berpendapatan RM2,500 ke Bawah: RM350

Makluman: Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4).

SEBARANG MASALAH

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • e-Mel : str@treasury.gov.my